Friday, April 9, 2010

entry berbahasa melayu

mintak maaf.. kali ni terpaksa berblog dlm bahasa ibunda.. kerana saya sudah penat membaca dan menelaah dlm bahasa inggeris..

kalau dulu2 sewaktu masih di bangku sekolah, apabila saya rasa malas dan penat utk belajar mahupun malas utk ke sekolah, ibu akan slalu berkata, "kalau malas belajar nnti mummy paksa kawen baru tau".. di waktu umur masih muda dan naif, enggan dipaksa berkahwin, maka sy terpaksa sambung belajar dan terpaksa melangkah malas ke sekolah.

tetapi, di kala lanjut usia ini(hampir berusia suku abad), ketika sudah penat dan malas utk belajar, apa yg dibaca pun tidak difahami dan tidak lekat di dlm kepala, teringin dan terbayangkn apa akan jadi jika saya tidak pilih jalan ini (tp semestinya sudah terlalu lmbt utk berundur).. sy ingin berkata kpd ibu, "mummy, sy nk kawen!!"

jd, kepada adik2 yg masih di bangku sekolah, kalau ibu2 anda mengugut anda utk mengahwinkn anda dgn sesiapa pun, terima saje laa!! hahahahha (sungguh mengarut entry sy pada kali ini) minta maaf skali lg.. =).

ni namenye entry membuang masa.. dan tak disangka, bahasa melayu sy sgt skema, dan jika anda perasan, ada beberapa "direct translation" berlaku.. ini semua gara2 temuduga SPA tempoh hari.. ok, mungkin sy patut berhenti di sini, sekarang!

No comments: